Green Screen atau juga dikenali sebagai layar hijau sudah
lama digunakan di Hollywood untuk memanipulasi background atau latar belakang
dari objek utama. Dengan menggunakan layar hijau ini objek utama (biasanya
orang) boleh berada di mana-mana lokasi tanpa berada di lokasi sebenar.
Teknologi yang digunakan adalah dengan menghilangkan latar
belakang yang berwarna hijau tersebut dan mengganti dengan gambar lain melalui
software antaranya magic video X, final cut, sony vegas dan adobe after
effects di komputer.Dengan adanya teknik
Green Screen ini fitnah akan lebih laju dan mudah disiapkan serta mampu direka
dimana-mana saja lokasi yang mereka mahu bahkan seakan-akan benar berlaku di
Iraq,di palastine,di syria,di planet marikh dan di bulan.
Padahal proses pembikinan film tersebut hanya dijalankan
didalam studio yang berlatar belakangkan layar hijau sahaja.
Jika Anda sudah menonton film Fast & Furious 7 pasti
anda telah melihat Paul Walker ( Brian O’Conner ) berlakon dari awal citer
sampai habis kan. Padahal, dunia telah dimaklumkan yang Paul Walker telah mati
dan pada masa itu pembikinan film ini
masih berlangsung. Bagaimana Paul Walker dapat hidup kembali? Teknologi
memegang peranan penting dalam hal ini iaitu teknologi CGI.
Apa itu CGI? CGI (Computer Generated Imagery) merupakan
proses pembuatan objek atau gambar dengan menggunakan software antaranya Art of
Illusion, Blender, Maya, dan Cinema 4D di komputer. Dengan bantuan teknologi CGI film-film
terlihat lebih berkesan dan nyata. Produser dapat mencurahkan seluruh
imajinasinya dalam proses pembuatan film. Bahkan, hasilnya pun dapat membuat
gambar tersebut menjadi seolah-olah benar-benar wujud dan bernyawa. Penerapan
CGI juga merupakan salah satu bahagian dari penambahan special effect dalam
proses pembuatan film.
Jika kita baca Dajjal juga diberi kelebihan untuk
menghidupkan orang yang telah mati. Sebagai contoh yang telah kita lihat hidupnya
aktor Paul Walker, Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama.
Sampaikan ia berjaya menyakinkan dan memperdayakan orang
ramai.
Apabila siap film dan photo fitnah ini barulah tugas media
dan rangkaian sosial ambik alih kerja-kerja menyebarkannya,mempromosikan dan
mengviralkannya.
Ia tersebar sangat pantas diserata tempat. Sehinggakan amat
sedikit tempat yang tidak dijejak dicemar fitnah. Teknologi maklumat dan
komunikasi semakin berkembang dengan adanya pelbagai aplikasi berasaskan
Internet. Sayangnya Media yang merupakan alat yang berpengaruh bagi aktiviti
komunikasi baharu ini bukan hanya menjadi perpustakaan maklumat tetapi juga
menjadi perpustakaan fitnah untuk memudahkan pengedaran maklumat kepada
khalayak global.
Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan
perjalanannya ( Fitnah Dajjal ) di atas muka bumi ini? Nabi
menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist”
(hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” HR Muslim.
Dengan adanya Teknologi canggih yang salah diguna pakai ini
mereka mampu mencipta fitnah tanpa batasan sebagai contoh fitnah yang mereka
amat teruja sekali melakukannya adalah
fitnah memburuk-burukkan ulamak islam,mujahidin islam, memutar belitkan sejarah
peradaban islam dan banyak lagi.
Kesalnya saya ramai yang terpedaya dan percaya bulat-bulat.
Sanggup mengiakan fitnah itu
Sanggup mengakukan fitnah itu.
Menuduh menghentam saudara seislam kita sendiri.
Lupakah kita akan sabda Nabi SAW bahawa tiada fitnah yang
lebih besar daripada fitnahnya Dajjal.
Bukan nak berfikiran negative tapi inilah reality. Perlu
berwaspada dan bijak dalam menggunakannya.
Semoga tulisan ini bermanfaat kepada saya dan pembacanya.
Amin.
#ProfPaperAirplane