Hidup didunia ini kita mahu cari bahagia bukan? Hidup diakhirat pun kita mahukan bahagia semua mahukan bahagian kan.
Tak tau la pulak kalau
ada mahluk Allah yang inginkan sebaliknya.
Tapi hari ini kita nak
bincangkan serba ringkas serba pendek bagaimana yang dikatakan dengan
kebahagian dunia yang sebenar.
Bahagia didunia bukan
sekadar memiliki rumah besar, bukan sekadar memiliki isteri yang cantik atau
suami yang kacak,bukan pula memiliki kereta mewah yang berplat number 1 angka
atau 2 angka,dunia bahagia bukan juga memiliki anak yang ramai TAPI DUNIA INI
BAHAGIA APABILA KAMU REDHA DENGAN APA YANG TUHAN BAGI KEPADA KAMU.
Ada orang dia tiada
isteri hidup bujang sampai 40 tahun tapi dia redha dengan ketentuan yang tuhan
tetapkan untuk dia, dia lebih bahagia dari orang yang mempunyai 4 isteri.
Ada pasangan yang telah
lama mendirikan rumah tangga tapi masih tidak dikurniakan zuriat mereka redha
dengan apa yang tuhan tetapkan untuk mereka, mereka lebih bahagian dari
pasangan yang mempunyai ramai anak. Ada orang punya ramai anak tapi selalu
pening selalu mengeluh dengan anak-anak dia siap complain lagi dengan Allah,
apalah ya Allah kenapalah engkau berikan kepadaku anak-anak yang berperangai
seperti ini membebankan menyusahkan aku sahaja dia tak redha dengan ujian tuhan
itu, sedangkan ada orang tiada anak dia redha itulah bahagia dia sedangkan ada
orang dikurniakan anak yang tak cukup sifat dia redha itulah bahagia dia.
Ada orang masih punya
mak ayah tapi benci pada orang tua mereka dimatanya orang tua mereka
menyusahkan, bila mak ayah nasihat dicaci makinya mak ayah ada yang sampai naik
kaki, selalu sumpahkan orang tua mereka dengan berkata lebih baik mati cepat
senang hidup aku.Sedangkan ada orang tidak punya mak ayah dari kecil malah ada
yang tak kenal pun rupa paras mak ayah mereka tapi dia redha itulah bahagia
dia.
REDHALAH DENGAN APA
YANG TUHAN BAGI ITULAH SALAH SATU KUNCI KEBAHAGIAN.
Hadis Imam Muslim,
Rasulullah S.A.W. bersabda: “Betapa ajaibnya orang yang beriman itu,
sesungguhnya semua perkara adalah baik buat mereka. Dan tiadalah kebaikan itu
kecuali bagi orang mukmin. Jika memperoleh kegembiraan dia berterima kasih dan
jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya”.
Dan jangan lupa, ujian
juga adalah tanda kasih dan cinta Allah kepada kita. Hadis oleh Imam at-Tarmizi
daripada Anas, Rasulullah S.A.W. bersabda: “Apabila Allah cinta kepada sesuatu
kaum, mereka diuji. Barang siapa redha menerima ujian itu, Allah redha pula
kepadanya. Dan barang siapa yang marah (tidak redha), maka Allah murka
kepadanya”.
Hari ini saat ini
berhentilah meraung,berhentilah merasa tertekan,berhentilah meratap kekecewaan,
berhenti mempersoalkan dugaan ini. Insyaallah
semua akan pulih semua akan indah bila kita berlapang dada bersyukur
atas pemberian ujian tuhan ini. Ujian adalah satu penghormatan pada insan untuk
mengukur keimanan.
#ProfPaperAirplane
No comments:
Post a Comment