nuffnang

Tuesday, 5 January 2016

AJARKANLAH ANAK - ANAKMU MEMANAH, BERENANG DAN MENUNGGANG KUDA...






 

DALAM KESIBUKAN MEREKA MENENTUKAN SIAPA YANG MELAFAZKAN AYAT FAMOUS INI??
 
Ajarkanlah anak-anakmu memanah,berenang, dan menunggang kuda. ( HR Ahmad ) SABDA RASULLULLAH SAW ATAU KATA PESAN SAHABATNYA IAITU UMAR AL-FARUQ IBN AL-KHATTAB AMIRUL MUKMININ,

Sesungguhnya tidaklah saja-saja Rasullullah SAW bersabda dan sahabatnya berpesan sebegini mesti ada maksudnya yang perlu dikaji dan difahami.Dan seingat saya  Rasullullah SAW juga pernah bersabda yang berbunyi,'Sahabat-sahabatku adalah seperti bintang-bintang dilangit,siapa saja yang mengikuti diantara mereka berarti mendapat petunjuk.'
Jadi saya tinggalkan mereka dan mungkin juga kamu,kamu dan kamu yang sedang berdebat tentang hal ini, untuk mendalami isinya dengan akal minda saya yang terbatas ini semoga Allah membantu amin.

Mungkin pada hari ini pada zaman yang serba canggih ini ada yang  berpendapat buat apa nak BELAJAR  MEMANAH, Pistol,M16,AK-47,M1 Garand,Steyr AUG dan bom kan ada guna jelah yang ini lagi canggih dan mudah. Buat apa nak BELAJAR BERENANG boat dan ferry kan ada. Buat apa nak BELAJAR MENUNGGANG KUDA, Kereta Ferrari dan moto Ducati yang lebih laju kan ada. Ya kita boleh bagi beribu-ribu alasan dan jawapan pada 
saat ini.

 Tapi kenapa Rasullullah SAW bersabda begitu nabi kita takkan cakap hal yang sia-sia.
Pernah tak kita dengar atau terbaca tentang tanda-tanda besar hari kiamat dimana salah satunya tanda  akan berlakunya perang besar atau pada pendapat saya perang dunia ke3 juga dikenali dengan perang Al - Malhamah Al-Kubro ( perang antara kaum muslimin dgn Rum )  dan seterusnya disusuli dgn perang ARMAGEDDON atau Al-Majidun ( perang antara kaum muslimin dgn Dajjal ).

Perang dunia ke3 adalah satu konflik yang kritikal diramal akan berlaku secara global ia akan melibatkan senjata-senjata tercanggih didunia seperti  bom atom dan senjata nuklear yang bersifat melanda yang akan memusnahkan isi bumi ini dan turut melumpuhkan sistem teknologi yang sedia ada. EMP ( ElectroMagneticPulse ) Bila kata teknologi pun turut musnah faham-faham lah ya tiada lagi smart  phone ditangan kalau ada pun untuk baling anjing je mana taknya satellite pun tidak berfungsi.
 
Pistol,M16,AK-47 dan sebagainya tiada lah hebatnya lagi kerana siapalah pistol tanpa peluru.Rasanya time tu kamu memerlukan parang,pedang dan panah. Tiada lagi boat atau ferry yang canggih mungkin kamu memerlukan rakit atau tongkang bagi menyeberang lautan dan sungai atau kamu boleh berenang saja jika jaraknya dekat. Rasanya pada masa itu kamu mengangkat kuda pula sebagai kenderaan atau jentera perang paling laju dan canggih,pada mata kamu kereta dan moto adalah sampah besi buruk semata. 

Peperangan Armageddon ini mempunyai rentang waktu yang lama ia dipercayai bermula dari Magiddo ( Mageddon ),sebuah kota kuno di Israel dipergunungan Samaria yang menyeret semua negara dalam dua kelompok.iaitu kelompok kaum kafir yang dipimpin oleh Dajjal dan kelompok kaum muslimin yang dipimpin oleh imam Mahdi.

Disini saya selitkan dua hadits dibawah yang merupakan gambaran tentang episod akhir Armageddon.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasullullah SAW bersabda 'Tidak akan datang hari kiamat sehingga kaum muslimin memerangi kaum yahudi dan membunuh mereka sehingga bersembunyilah orang-orang yahudi dibelakang batu atau pokok,kemudian batu atau pokok berkata,Wahai orang muslim,Wahai hamba Allah dibelakang saya ada orang yahudi kemarilah dan bunuhlah dia!' Kecuali pohon Gharqad yang tidak berbuat demikian kerana ia termasuk pohon yahudi.

'Imam Bukhari meriwayatkan dari Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah SAW bersabda, 'Kalian akan diperangi oleh bangsa yahudi,lalu kalian diberi kemenangan atas mereka,sampai batu pun akan berbicara,'Hai muslim ini orang yahudi dibalikku,bunuhlah ia!'.


Ada benarnya juga apa yang telah dikarang oleh  J. R. R. Tolkien dalam karya agungnya The Hobbit dan The Lord of the Rings sebuah cerita yang pada pandangan saya sarat dengan massage-massage tertentu yang bersifat metafora futuristik.

Dan ditengah-tengah kesaratan kecamukkan perang ini turunlah pertolongan dari Allah kepada kaum muslimin dengan mengutuskan nabi Isa yang turut serta berjuang bersama imam Mahdi dan kaum muslimin menumpaskan kaum kafir dan pemimpin mereka iaitu Dajjal.Kemenangan milik Islam sesuai dengan sabda nabi tadi.

Ramai orang beranggapan memanah adalah senjata kuno malah tidak melihat kebaikannya
Memanah mampu meningkatkan daya konsentrasi yang tajam. Berenang mampu meningkatkan stamina,menguatkan otot,menguatkan mental dan fizikal serta menguasai teknik pernafasan dengan baik dan mungkin dalam hadis Rasullullah itu baginda ingin berpesan ajarkan kepada si anak agar dapat mengharungi kehidupan yang fana ini dengan selamat,bukannya tenggelam. 

Hikmah berkuda pula antaranya mampu menghilangkan stress dan kemurungan,dapat merawat masalah tulang belakang, dapat membaiki imbangan,menguatkan otot dan mencerdaskan minda. Berkuda juga mengajarkan kepada kita supaya menunggangi kehidupan dengan disiplin dan belajar mengawal hawa nafsu dan syahwat. Inilah sedikit ulasan dari saya tentang HADITS dan mungkin juga AMANAT pada kita. Semoga ia memberi manfaat yang baik pada saya dan anda semua amin...








#ProfPaperAirplane




No comments:

Post a Comment