nuffnang

Monday, 28 December 2015

JAGA MULUT ANTARA TIKET KE SYURGA..........


Assalamualaikum dan Salam Bahagia buat pengunjung blog ini..Sedikit nasihat dan renungan daripada saya....

Sedikit orang yang celaka kerana kakinya, sebaliknya ramai orang yang tersungkur kerana lidahnya. Lidah kan tak bertulang.
Senang sangat kata ( tuduh ) SEMUA SAMA.




Saya bagi contoh sikitlah ye
Seorang perempuan kena tipu kena rogol dek seorang lelaki atas kebodohan diri sendiri dengan mudah melepaskan kata-kata ahh lelaki semua sama je.
Seorang penunggang motosikal disaman oleh JPJ atas kesalahan tertentu dan berlaku suapan rasuah disitu lalu mengatakan pihak beruniform itu semuanya kuat makan rasuah.
seorang je yang salah di kata semua,
Seorang je yang buat hal di tuduh semua. 

DEK KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA.

Kata-kata atau tuduhan ini juga tidak terlepas selalunya terkena pada  pihak polis,pihak jpj,Cikgu,kaki tangan hospital,golongan gelandangan,mat moto dan sebagainya.
Sedarkah kamu apabila kamu melebelkan SEMUA ia tidak menimpa pada orang yang berbuat masalah dengan kamu sahaja malah melibatkan orang yang tidak bersalah, 

ADILKAH ITU?
TIDAKKAH KAMU RASA BERDOSA?
MAMPUKAH KAMU MEMINTA MAAF DENGAN SEMUA LELAKI,SEMUA PEREMPUAN , SEMUA POLIS,SEMUA MAT MOTO DAN RAMAI LAGI YANG KAMU TUDUH?

Ramai yang tak perasan akan hal ini jadi hari ini saya tuliskan untuk  semua. Supaya kita tidak menyesal dikemudian hari,dihari yang paling memenatkan dan meletihkan nak kena cari mereka yang kita tuduh SAMA tadi di padang mahsyar nanti untuk minta maaf. Time itu crowded gila dan tak tau lah kamu mampu berjalan seperti sekarang atau merangkak, tak tau lah berjaya cari mereka atau tidak, cam kah kamu akan rupa mereka masa itu ? 

Tapi ini dari pemikiran saya sahaja. Perlu dirujuk pada mereka yang lebih pakar. Apa-apa pun berfikir dahulu sebelum melepaskan kata-kata takut kita dapat dosa kering je nanti.
Kata pepatah Melayu, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana ( binasa ).  Ia merupakan peringatan bahawa mengucapkan perkataan yang tidak baik boleh mendatangkan bencana kepada diri sendiri.

“ Rasulullah SAW ditanya tentang sesuatu yang paling banyak memasukkan orang ke dalam surga, lalu beliau menjawab, ‘taqwa kepada Allah dan akhlaq yang baik’. Beliau juga ditanya tentang perkara yang paling banyak mengantarkan orang masuk neraka, beliau menjawab, ‘mulut dan kemaluan.’”  (HR. Tirmidzi)

Daripada Abu Hurairah ra, bahawasanya dia mendengar Rasullullah SAW bersabda, “Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan suatu perkataan yang tidak dia fikir, sehingga dengannya dia terjerumus ke dalam Neraka yang jaraknya lebih jauh daripada timur dan barat.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)

SEMOGA BERMANFAAT KEPADA SAYA DAN ANDA SEMUA.
ASSALAMUALAIKUM  ...




#ProfPaperAirplane





No comments:

Post a Comment