nuffnang

Thursday, 10 December 2015

HAYYA ALAL JIHAD!!!

SIAPAKAH YANG GEMBIRA??

Tika anak-anak kita disembelih didepan mata,Ibu,kakak atau adik perempuan diperkosa beramai-ramai,ditelanjangkan dipaksa berjalan dikhalayak ramai dan mereka menonton sambil ketawa. Ayah, abang dan adik lelaki kita ditanam hidup-hidup ada yang dipisahkan angota badannya Saudara-saudara kita dihina dibunuh sesuka hati tanpa simpati ada yang dijadikan hamba abdi,Para ilmuan para ulama difitnah dikatanya sesat dituduh pemberontak juga turut dibunuh Dihapuskan. Kitab suci Al-Quran dibakar diperlakukan dengan keji sekali.Masjid-masjid diratakan ada yang dijadikan rumah ibadat mereka dan juga dijadikan pusat pelancongan.Kejamnya mereka sampaikan tanah perkuburan pun mereka hancurkan.Mereka hina nabi kita, mereka hina nabi kita.

SIAPAKAH YANG GEMBIRA??
SIAPAKAH YANG GEMBIRA??
SIAPAKAH YANG GEMBIRA??

Adakah hidup kita yang bergelar muslim hanya untuk dizalimi?
Adakah agama dan nabi kita memang untuk dihina?
Apakah perlu hanya bersabar hingga maruah agama tergadai?
Tak tersentuh ke hati kecil kamu itu?
Tak menanggis ke hati kecil kamu itu?

Tika semua ini diperlakukan atau kamu masih mampu tersenyum?
Gembira dengan kehidupan kamu sekarang,sedikit pun kamu tidak terasa ke?
Jika tersentuh dan terasa, SYUKUR ALHAMDULILLAH  itu maknanya hati kamu tidak mati
Masih ada simpati dalam hati.
Jadi apakah tindakan kamu?

HAYYA ALAL JIHAAD
HAYYA ALAL JIHAAD
HAYYA ALAL JIHAAD.

Itu seruan saya kepada diri saya sendiri dan kepada kamu semua,
Berjihadlah dengan apa yang kamu mampu sama ada dengan HATI,LISAN,TANGAN SERTA HARTA.Usah takut pada celaan-celaan orang yang memilih syurga dunia,
Apabila saya atau sesiapa sahaja yang menyeru ke arah jihad pasti Ada mulut yang melebelkan kami extremist dan di anggap terrorist malah bertambah sedih dan kecewa bila kata-kata seperti itu datangnya dari mulut-mulut yang mengaku dirinya muslim,jangan jadi munafik. Saya tidak menyeru supaya berperang pergi ke sana kerana saya tahu keadaan disini amatlah membataskan.

 Saya sedar disini atau dimana-mana sahaja ada undang-undang ciptaan manusia yang perlu juga kita turutkan. Saya tidak menyeru untuk berperang disana cukuplah kita berjihad disini tadahkan tangan panjatkan doa pada saudara-saudara kita disana.Ingat-mengingatilah sesama kita tentang apa yang sedang saudara-saudara kita hadapi disana.Bagi mereka yang berkemampuan salurkanlah sumbangan pada saudara kita disana. Dan bersiap sedialah kita disini kerana tak mustahil kita juga akan senasib seperti saudara kita disana disebabkan kita bergelar muslim.

Ketahuilah dan ingatlah sesungguhnya dihadapan kita ada musuh yang telah lama menyimpan dendam. Maruah islam hanya akan di adili dengan jihad.Sabda nabi Muhammad SAW :Barang siapa yang tidak peduli dengan urusan kaum muslimin maka bukanlah golongan kaum muslimin : ( HR.Muslim ).


  
#ProfPaperAirplane


No comments:

Post a Comment