nuffnang

Monday, 28 December 2015

Malaysia Di Ambang Sore !!!





Disini sebuah bumi yang asalnya kaya segak bergaya
sehingga pernah menyandang gelaran semenanjung emas dinusantara,
Digerak dengan pelbagai bangsa dan budaya.
pernah menarik minat Portugis,Belanda,Inggeris,Jepun dan Siam
untuk berpesta beberapa purnama.Tapi sayangnya kini telah
dipapa kedanakan
Rakyatnya pula merana,hidup menderita menanggung hutang yang
dicipta oleh pemerintah durjana yang acah-acah tahu berniaga.

Siapakah nanti tuan ditanah ini?
bila tinggal tanah yang sejengkal dek jahilnya pengguna akal
Janji kami akan kekal berumah ditanah sendiri tapi
sekarang kamu tendang kami secara pukal.
Untung lagi sang panda rumah mewah siap aircond bajet yang
menelan kos berjuta-juta.
Apa ertinya pembelian secara tunai jika masih dikenakan
bermacam-macam cukai yang tidak masuk akal.
Kos sara hidup kamu tentukankan ikut mood kamu bila perlu

NAIK,NAIK DAN NAIK !!!

Apa istimewanya kerakyatan jika perniagaan kami selalu disekat,
apakah istimewanya kerakyatan jika kita dibunuh diluar negara?
Apakah tindakan yang diambil dalam isu tragedi dua buah kapal terbang
yang mengorbankan beratus-ratus nyawa? sudah selesaikah siasatan
keatas kes ini? rakyat tak mahu dengar cerita yang tergantung.
Janji melambung tinggi,janji tinggal janji.

Dimanakah pahlawan-pahlawan pembela penegak keadilan?
yang dulunya lantang bersuara mengaku pembela agama,bangsa
dan negara.
Apakah tumbang kekeyangan ? disuap sehingga senyap didodoi sehingga lena,
Kamu semua anggap suara rakyat yang meratap cumalah mainan mimpi sementara.
Kamu dengan boss besar kamu gayanya seperti KERA MENJADI MONYET.
Kamu boleh tidur nyeyak dimalam hari,kami masih berkerja untuk beli setin
kecil susu anak.

HANGPA JUAL HANGPA GADAI HANGPA REMBAT,KAMI YANG MEREMPAT.

Hidup ini singkat taubatlah sebelum terlambat.
Ha mana p ahli-ahli serban takkan diam sahaja sudah puaskah kamu
menegur menasihati dan mengajar mereka Alif Ba Ta sampai khatam?
Dengan kami kemain lagi kamu goreng dengan bermacam-macam fatwa.
Ya memang menjadi tanggungjawab kami sebagai rakyat untuk bantu
pulihkan ekonomi negara... 

TAPI SETELAH PEMERINTAH SENDIRI MENGELUARKAN DUET KOCEKNYA YANG BERBILLION ITU,SETELAH MENTERI-MENTERINYA KEHABISAN WANG
DAN HARTA BENDA KEMUDIAN BARULAH MEREKA LAYAK MERATAH HARTA DAN WANG KAMI
YANG SEDIKIT INI.
PLEASS JUJUR DENGAN ILMU JALANKAN TANGGUNGJAWAB KAMU WAHAI AHLI SERBAN.

Sampai bila harus berselimutkan bala
berpelitakan bencana?
Sampai bila hendak hidup ditekan ditindas dilibas
tanpa belas ditipu dengan SLOGAN ???
Kebalnya perisai kesabaran rakyat jelata perlu ada hadnya,
berdoa,berdoa juga susulinya dengan tindakan dan usaha.
Jika tidak untunglah perompak dan kroninya bertambah-tambah kaya dengan
wang kita dengan harta kita dengan tenaga kita,yang kita?
makin senang jugakah? jangan tipulah jangan ampulah.

Didalam adegan yang mencemaskan ini pasti ada satellite yang memerhati dengan teliti untuk mengambil kesempatan berpura-pura menjadi badan
pengaman memberikan bantuan seperti dinegara-negara bergolak yang lainya,

BERHATI-HATILAH SILAP MATA PECAH KEPALA TUAN-TUAN.

Hari semakin senja bangkitlah untuk magrhib dan sempurnakanlah isyak,
Jangan sampai disubuh hari bendera asing yang berkibar,
Jalur gemilang dibawah runtuhan bata teruk kita semua,teruk kita semua.

HARI SEMAKIN SENJA BANGKITLAH !!!



#ProfPaperAirplane




No comments:

Post a Comment