nuffnang

Thursday, 31 December 2015

AKU SEDIH KERANA TIDAK DAPAT MEMBELA.




Tuhan! Jiwaku terseksa ramai orang yang terzalim,
Sedangkan aku tidak dapat membelanya.
Ramai orang yang menzalim,
Aku tidak dapat menahannya.

Tuhan! Berapa anak-anak yatim fakir miskin dan janda-janda yang terbiar
Didalam semua hal,
Aku tidak dapat membelanya dan mengurusnya.

Mereka setiap masa menunggu pembelaan
Namun demikian tidak kunjung tiba.
Berapa ramai orang-orang tua yang terbuang
Keluarga mereka pun sudah tidak memperdulikan mereka.

Aku tidak tahu bagaimana hendak membelanya
Kerana aku juga tidak ada tenaga dan kuasa.

Tuhan! Itulah diantara yang aku rintihkan,
Masalah inilah yang selalu aku renung dan menungkan.
Tapi aku sendiri pun tidak dapat
Mengadakan jalan penyelesaian
Adakalanya aku menangis bersendirian
Terutama menjelang tidur diwaktu malam kerana aku tidak dapat menjadi pembela kepada mereka semuanya.

Aduh! sedihnya aku
Aduh! Hibanya hatiku.

Tuhan! Apa yang berlaku pada mereka janganlah aku dipersalahkan
Lebih-lebih lagi jangan engkau bertindak terhadap aku kerana terbiarnya mereka.
Aku memohon maaf dan ampun
Kerana tidak dapat membela mereka
Berilah aku kekuatan agar aku dapat jadi pembela
Atau engkau datangkanlah pembela agar masalah mereka selesai.




#dariRAQMkepadaProfPaperAirplane
#pembela

No comments:

Post a Comment