nuffnang

Thursday, 31 December 2015

AKU SEDIH KERANA TIDAK DAPAT MEMBELA.




Tuhan! Jiwaku terseksa ramai orang yang terzalim,
Sedangkan aku tidak dapat membelanya.
Ramai orang yang menzalim,
Aku tidak dapat menahannya.

Tuhan! Berapa anak-anak yatim fakir miskin dan janda-janda yang terbiar
Didalam semua hal,
Aku tidak dapat membelanya dan mengurusnya.

Mereka setiap masa menunggu pembelaan
Namun demikian tidak kunjung tiba.
Berapa ramai orang-orang tua yang terbuang
Keluarga mereka pun sudah tidak memperdulikan mereka.

Aku tidak tahu bagaimana hendak membelanya
Kerana aku juga tidak ada tenaga dan kuasa.

Tuhan! Itulah diantara yang aku rintihkan,
Masalah inilah yang selalu aku renung dan menungkan.
Tapi aku sendiri pun tidak dapat
Mengadakan jalan penyelesaian
Adakalanya aku menangis bersendirian
Terutama menjelang tidur diwaktu malam kerana aku tidak dapat menjadi pembela kepada mereka semuanya.

Aduh! sedihnya aku
Aduh! Hibanya hatiku.

Tuhan! Apa yang berlaku pada mereka janganlah aku dipersalahkan
Lebih-lebih lagi jangan engkau bertindak terhadap aku kerana terbiarnya mereka.
Aku memohon maaf dan ampun
Kerana tidak dapat membela mereka
Berilah aku kekuatan agar aku dapat jadi pembela
Atau engkau datangkanlah pembela agar masalah mereka selesai.




#dariRAQMkepadaProfPaperAirplane
#pembela

Wednesday, 30 December 2015

REDHA KUNCI KEBAHAGIAAN




Hidup didunia ini kita mahu cari bahagia bukan? Hidup diakhirat pun kita mahukan bahagia semua mahukan bahagian kan.
Tak tau la pulak kalau ada mahluk Allah yang inginkan sebaliknya.
Tapi hari ini kita nak bincangkan serba ringkas serba pendek bagaimana yang dikatakan dengan kebahagian dunia yang sebenar.


Bahagia didunia bukan sekadar memiliki rumah besar, bukan sekadar memiliki isteri yang cantik atau suami yang kacak,bukan pula memiliki kereta mewah yang berplat number 1 angka atau 2 angka,dunia bahagia bukan juga memiliki anak yang ramai TAPI DUNIA INI BAHAGIA APABILA KAMU REDHA DENGAN APA YANG TUHAN BAGI KEPADA KAMU.
Ada orang dia tiada isteri hidup bujang sampai 40 tahun tapi dia redha dengan ketentuan yang tuhan tetapkan untuk dia, dia lebih bahagia dari orang yang mempunyai 4 isteri.

Ada pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga tapi masih tidak dikurniakan zuriat mereka redha dengan apa yang tuhan tetapkan untuk mereka, mereka lebih bahagian dari pasangan yang mempunyai ramai anak. Ada orang punya ramai anak tapi selalu pening selalu mengeluh dengan anak-anak dia siap complain lagi dengan Allah, apalah ya Allah kenapalah engkau berikan kepadaku anak-anak yang berperangai seperti ini membebankan menyusahkan aku sahaja dia tak redha dengan ujian tuhan itu, sedangkan ada orang tiada anak dia redha itulah bahagia dia sedangkan ada orang dikurniakan anak yang tak cukup sifat dia redha itulah bahagia dia.

Ada orang masih punya mak ayah tapi benci pada orang tua mereka dimatanya orang tua mereka menyusahkan, bila mak ayah nasihat dicaci makinya mak ayah ada yang sampai naik kaki, selalu sumpahkan orang tua mereka dengan berkata lebih baik mati cepat senang hidup aku.Sedangkan ada orang tidak punya mak ayah dari kecil malah ada yang tak kenal pun rupa paras mak ayah mereka tapi dia redha itulah bahagia dia.

REDHALAH DENGAN APA YANG TUHAN BAGI ITULAH SALAH SATU KUNCI KEBAHAGIAN.

Hadis Imam Muslim, Rasulullah S.A.W. bersabda: “Betapa ajaibnya orang yang beriman itu, sesungguhnya semua perkara adalah baik buat mereka. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi orang mukmin. Jika memperoleh kegembiraan dia berterima kasih dan jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya”.

Dan jangan lupa, ujian juga adalah tanda kasih dan cinta Allah kepada kita. Hadis oleh Imam at-Tarmizi daripada Anas, Rasulullah S.A.W. bersabda: “Apabila Allah cinta kepada sesuatu kaum, mereka diuji. Barang siapa redha menerima ujian itu, Allah redha pula kepadanya. Dan barang siapa yang marah (tidak redha), maka Allah murka kepadanya”.


Hari ini saat ini berhentilah meraung,berhentilah merasa tertekan,berhentilah meratap kekecewaan, berhenti mempersoalkan dugaan ini. Insyaallah  semua akan pulih semua akan indah bila kita berlapang dada bersyukur atas pemberian ujian tuhan ini. Ujian adalah satu penghormatan pada insan untuk mengukur keimanan.






#ProfPaperAirplane





Monday, 28 December 2015

JAGA MULUT ANTARA TIKET KE SYURGA..........


Assalamualaikum dan Salam Bahagia buat pengunjung blog ini..Sedikit nasihat dan renungan daripada saya....

Sedikit orang yang celaka kerana kakinya, sebaliknya ramai orang yang tersungkur kerana lidahnya. Lidah kan tak bertulang.
Senang sangat kata ( tuduh ) SEMUA SAMA.




Saya bagi contoh sikitlah ye
Seorang perempuan kena tipu kena rogol dek seorang lelaki atas kebodohan diri sendiri dengan mudah melepaskan kata-kata ahh lelaki semua sama je.
Seorang penunggang motosikal disaman oleh JPJ atas kesalahan tertentu dan berlaku suapan rasuah disitu lalu mengatakan pihak beruniform itu semuanya kuat makan rasuah.
seorang je yang salah di kata semua,
Seorang je yang buat hal di tuduh semua. 

DEK KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA.

Kata-kata atau tuduhan ini juga tidak terlepas selalunya terkena pada  pihak polis,pihak jpj,Cikgu,kaki tangan hospital,golongan gelandangan,mat moto dan sebagainya.
Sedarkah kamu apabila kamu melebelkan SEMUA ia tidak menimpa pada orang yang berbuat masalah dengan kamu sahaja malah melibatkan orang yang tidak bersalah, 

ADILKAH ITU?
TIDAKKAH KAMU RASA BERDOSA?
MAMPUKAH KAMU MEMINTA MAAF DENGAN SEMUA LELAKI,SEMUA PEREMPUAN , SEMUA POLIS,SEMUA MAT MOTO DAN RAMAI LAGI YANG KAMU TUDUH?

Ramai yang tak perasan akan hal ini jadi hari ini saya tuliskan untuk  semua. Supaya kita tidak menyesal dikemudian hari,dihari yang paling memenatkan dan meletihkan nak kena cari mereka yang kita tuduh SAMA tadi di padang mahsyar nanti untuk minta maaf. Time itu crowded gila dan tak tau lah kamu mampu berjalan seperti sekarang atau merangkak, tak tau lah berjaya cari mereka atau tidak, cam kah kamu akan rupa mereka masa itu ? 

Tapi ini dari pemikiran saya sahaja. Perlu dirujuk pada mereka yang lebih pakar. Apa-apa pun berfikir dahulu sebelum melepaskan kata-kata takut kita dapat dosa kering je nanti.
Kata pepatah Melayu, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana ( binasa ).  Ia merupakan peringatan bahawa mengucapkan perkataan yang tidak baik boleh mendatangkan bencana kepada diri sendiri.

“ Rasulullah SAW ditanya tentang sesuatu yang paling banyak memasukkan orang ke dalam surga, lalu beliau menjawab, ‘taqwa kepada Allah dan akhlaq yang baik’. Beliau juga ditanya tentang perkara yang paling banyak mengantarkan orang masuk neraka, beliau menjawab, ‘mulut dan kemaluan.’”  (HR. Tirmidzi)

Daripada Abu Hurairah ra, bahawasanya dia mendengar Rasullullah SAW bersabda, “Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan suatu perkataan yang tidak dia fikir, sehingga dengannya dia terjerumus ke dalam Neraka yang jaraknya lebih jauh daripada timur dan barat.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)

SEMOGA BERMANFAAT KEPADA SAYA DAN ANDA SEMUA.
ASSALAMUALAIKUM  ...




#ProfPaperAirplane





Malaysia Di Ambang Sore !!!





Disini sebuah bumi yang asalnya kaya segak bergaya
sehingga pernah menyandang gelaran semenanjung emas dinusantara,
Digerak dengan pelbagai bangsa dan budaya.
pernah menarik minat Portugis,Belanda,Inggeris,Jepun dan Siam
untuk berpesta beberapa purnama.Tapi sayangnya kini telah
dipapa kedanakan
Rakyatnya pula merana,hidup menderita menanggung hutang yang
dicipta oleh pemerintah durjana yang acah-acah tahu berniaga.

Siapakah nanti tuan ditanah ini?
bila tinggal tanah yang sejengkal dek jahilnya pengguna akal
Janji kami akan kekal berumah ditanah sendiri tapi
sekarang kamu tendang kami secara pukal.
Untung lagi sang panda rumah mewah siap aircond bajet yang
menelan kos berjuta-juta.
Apa ertinya pembelian secara tunai jika masih dikenakan
bermacam-macam cukai yang tidak masuk akal.
Kos sara hidup kamu tentukankan ikut mood kamu bila perlu

NAIK,NAIK DAN NAIK !!!

Apa istimewanya kerakyatan jika perniagaan kami selalu disekat,
apakah istimewanya kerakyatan jika kita dibunuh diluar negara?
Apakah tindakan yang diambil dalam isu tragedi dua buah kapal terbang
yang mengorbankan beratus-ratus nyawa? sudah selesaikah siasatan
keatas kes ini? rakyat tak mahu dengar cerita yang tergantung.
Janji melambung tinggi,janji tinggal janji.

Dimanakah pahlawan-pahlawan pembela penegak keadilan?
yang dulunya lantang bersuara mengaku pembela agama,bangsa
dan negara.
Apakah tumbang kekeyangan ? disuap sehingga senyap didodoi sehingga lena,
Kamu semua anggap suara rakyat yang meratap cumalah mainan mimpi sementara.
Kamu dengan boss besar kamu gayanya seperti KERA MENJADI MONYET.
Kamu boleh tidur nyeyak dimalam hari,kami masih berkerja untuk beli setin
kecil susu anak.

HANGPA JUAL HANGPA GADAI HANGPA REMBAT,KAMI YANG MEREMPAT.

Hidup ini singkat taubatlah sebelum terlambat.
Ha mana p ahli-ahli serban takkan diam sahaja sudah puaskah kamu
menegur menasihati dan mengajar mereka Alif Ba Ta sampai khatam?
Dengan kami kemain lagi kamu goreng dengan bermacam-macam fatwa.
Ya memang menjadi tanggungjawab kami sebagai rakyat untuk bantu
pulihkan ekonomi negara... 

TAPI SETELAH PEMERINTAH SENDIRI MENGELUARKAN DUET KOCEKNYA YANG BERBILLION ITU,SETELAH MENTERI-MENTERINYA KEHABISAN WANG
DAN HARTA BENDA KEMUDIAN BARULAH MEREKA LAYAK MERATAH HARTA DAN WANG KAMI
YANG SEDIKIT INI.
PLEASS JUJUR DENGAN ILMU JALANKAN TANGGUNGJAWAB KAMU WAHAI AHLI SERBAN.

Sampai bila harus berselimutkan bala
berpelitakan bencana?
Sampai bila hendak hidup ditekan ditindas dilibas
tanpa belas ditipu dengan SLOGAN ???
Kebalnya perisai kesabaran rakyat jelata perlu ada hadnya,
berdoa,berdoa juga susulinya dengan tindakan dan usaha.
Jika tidak untunglah perompak dan kroninya bertambah-tambah kaya dengan
wang kita dengan harta kita dengan tenaga kita,yang kita?
makin senang jugakah? jangan tipulah jangan ampulah.

Didalam adegan yang mencemaskan ini pasti ada satellite yang memerhati dengan teliti untuk mengambil kesempatan berpura-pura menjadi badan
pengaman memberikan bantuan seperti dinegara-negara bergolak yang lainya,

BERHATI-HATILAH SILAP MATA PECAH KEPALA TUAN-TUAN.

Hari semakin senja bangkitlah untuk magrhib dan sempurnakanlah isyak,
Jangan sampai disubuh hari bendera asing yang berkibar,
Jalur gemilang dibawah runtuhan bata teruk kita semua,teruk kita semua.

HARI SEMAKIN SENJA BANGKITLAH !!!



#ProfPaperAirplane




Thursday, 17 December 2015

TETAMU SENJA.....





TETAMU SENJA


Kita datang ini hanya sebagai
 tetamu senja
bila cukup detik kembalilah
kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala.

Pada tetamu yang datang dan
kenal jalan pulang
bawalah bakti mesra kepada tuhan
kepada insan,
Pada tetamu yang datang
dan lupa jalan pulang
usahlah derhaka pula pada tuhan
kepada insan.

Bila kita lihat manusia lupa tempat
 atau segera sesat puja darjat puja pangkat
 segera kita insaf kita ini punya kiblat 
segera kita ingat kita ini punya tekad.

Bila kita lihat manusia terbiar larat
hingga mesti merempat ke laut biru
ke kuning darat
harus kita lekas sedar penuh pada tugas
harus kita tegas sembah seluruh rasa belas.

Kita datang ini satu roh satu jasad
bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
bila pulang nanti bawa bakti padat berkat.


- A.Samad Said -
 #profpaperairplane