KHALWAT !!
Tokoh Perjuangan Melayu yang disanjungi
oleh Khalifah- Khalifah Tanah Melayu!
Farida Al Juburi!!
Menjadi Fardu ain untuk kita sama-sama mencegah dari terus berlakunya maksiat. Lupakah akan
bala yang tuhan timpakan pada kaum nabi luth pada kaum nabi nuh? Sanggupkah
kita sama-sama menanggung dosa si pelaku maksiat ? Sabda nabi
Muhammad SAW : Barang siapa yang tidak peduli dengan urusan
kaum muslimin maka bukanlah golongan kaum muslimin : ( HR.Muslim ).
YA ISLAM MEMBENARKAN BERKHALWAT !!
Nabi S.A.W sendiri pun berkhalwat
Tapi khalwat yang mcm mana dimaksudkan itu???
Tapi khalwat yang mcm mana dimaksudkan itu???
Khalwat bermaksud
menyendiri,memencilkan diri atau mengasingkan diri utk beberapa ketika
bertafakur krn Allah. Sebagai mana nabi S.A.W menyendiri di gua hira' utk
menerima wahyu dan seterusnya dilantik menjadi rasul.
Tapi seperti yg semua sedia maklum dimalaysia khalwat
dimengerti bilamana lelaki dan perempuan bersekedudukan ditempat yg sunyi,gelap
atau jauh dari orang. Yang boleh mengundang zina.
Betol tak baik kacau org tengah menyendiri mendekatkan diri
pd Allah. Tp ini kes lelaki dan perempuan yg tiada ikatan yg sah berdua-duaan
ditempat sunyi ditempat gelap didalam rumah kosong tiada family dibilik hotel
dan lain2 port utk apa? Ketahuilah bila kamu berdua-duaan akan ada yg ke tiga
iaitu setan. Kan bagus kita mencegah dari biarkan mrk terus hanyut.
Ketuk pintu jam 3.00 am ganggu org sedang berkhalwat (
menyendiri pd jalan Allah ) mmng bukan ajaran islam.Tapi Ketuk pintu jam 3.00am
cegah org dari berzina itu dituntut islam. Yg org dok p tangkap tu jenis yg
berkhalwat ke arah zina la klu yg berkhalwat ke jalan Allah mmng org benarkan.
Soalnya NENEK W ni marah org yg dok tangkap dok kacau pasangan kekasih yg
tengah syok bercengkerama yg boleh mengundang zina.
Dalil yg ustaz W bagi itu memang tak dinafikan larangan
mengintip sampai panjat dibumbung rumah orang dan mencari salah orang membuka
aib orang memang dilarang.Persoalnya adakah penguatkuasa agama berbuat begitu?
JAIS JAKIM dan lain2 buat kerja ikut S.O.P setahu saya firts skali mereka mesti
bagi salam. Setakat ini tidak pernah lagi saya dengar pencegah maksiat panjat
bumbung rumah orang
Pelaku maksiat yg lari atas bumbung nak terjun turun
adalah. Bagi lah pencerahan dgn betul agar otak-otak muda dan mentah tidak
keliru dan salah faham. Lepas ni tak perlu dah nak kecoh pasal kes pembuangan
bayi semakin meningkat tak payah nak kecoh-kecoh bila adik perempuan tak balik
rumah berbulan-bulan ok..sbb ada pejuang maksiat bagi line bagi tiket untuk
berkhalwat pakej berzina.
Tip dia senang je buat maksiat dalam rumah sendiri ok. Hurm
kalau dok menyewa atau rumah orang lain mungkin kena cekup la kot saya ulang
rumah sendiri. Kesian bila jasa-jasa penguatkuasa agama dibalas mcm ni. Kepada
ahli maksiat berseronoklah kamu ye. Tahniah dan jutaan terima kasih kpd ustaz W
dan nenek W krn berjaya menggalakkan lagi maksiat.
#ProfPaperAirpalne
#Khalwat
#G25
No comments:
Post a Comment